Monday, 21 May 2012

MARI KITA RENUNGKAN BERSAMA....


 PENGALAMAN HIDUP SAYA

Saya taklah mahir dalam mengarang... masuk pertandingan bercerita masa sekolah rendah dulu pun kalah awal... Tapi, apabila menonton video ini. saya ingin berkongsi pengalaman hidup saya dengan para pembaca. 

Mak ayah telah membesarkan saya dan memberi didikan yang cukup kepada saya dari segi agama, ilmu di sekolah dan sebagainya. Merekalah yang sentiasa melindungi saya ketika berada dalam apa jua keadaan. dari kecil mereka sabar dengan sikap saya yang paling nakal... antaranya, saya merajuk sebab nak bola. saya tak nak makan.. malah malam2 saya menangis dan ganggu mereka tidur sehingga ayah saya mengamuk kerana tidak tahan dengan sikap nakal saya.
 
Kisah bermula ketika saya berada di Johor bahru. Umur saya ketika itu, 21 tahun. sikap nakal saya tidak habis pada zaman kanak-kanak...bila saya dah melangkah ke arah alam remajapun, saya semakin nakal.. waktu itu saya belajar di Politeknik JB, semester akhir. semester 6... kata orang dah hujung2 dah... dan akan masuk ke alam pekerjaan pulak. konon2 saya dah besarla waktu tu...

oleh kerana dah pandai sangat, saya wat keputusan sendiri bila jauh dari family, yela... family kat BP.. saya kt JB. mereka tak nampak apa yang saya buat... itulah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan dan saya rasa itu bukan lagi budak nakal. tapi saya seperti menjadi budak jahat pada waktu itu. apa tidaknya, ada sahaja kerja yang tidak baik saya lakukan. mak ayah pula tidak tahu apa yang saya lakukan sedangkan mak ayah sangat mempercayai saya.

malu hendak saya ceritakan. tapi, saya harap sangat perkara ini tidak akan berulang lagi dalam hidup saya.

saya pernah ketika dulu mencuri .... dan menipu mak ayah saya. masa tu saya fikir nak duit banyak... saya tidak terfikir langsung tentang perasaan orang lain.

pada hari jumaat...tgk jam pun dah kul 10 mlm...saya mendapat penggilan telefon dari rakan saya mengatakan ada barang baru di Melaka. sembang punya sembang.........tanpa memikirkan keburukan..janji saya dapat duit...jual dapatlah dalam 1200...saya terus bersetuju untuk mengambil barang tersebut. ok set....esok kul 10 pagi saya kene gerak g Melaka.. 


jam dah kul 10:30... saya bergerak ke melaka dengan rakan saya.. maklumla janji melayu... cakap kul 10...mst lambat punya... sampaila saya di Melaka dan saya menuju ke sebuah tempat di mana rakan saya telah menyembunyikan barang tersebut di dalam sebuah stor lama yang tidak digunakan dalam sebuah bangunan tak berpenghuni....


ok...semua kerja dah siap. barang pun semua dah dalam bonet kereta saya.....boleh gerak dah ni.. tengok jam dah kul 5 dah.... kene cepat ni.. bahaya ni kalau kantoi n polis.......

dalam perjalanan pulang ke JB, saya bawa kereta dengan laju dan tergesa2... tgk dari jauh lampu isyarat ijau ag.....dah dekat dah merah....tapi saya terus je tekan minyak sebab nak lepas dari lampu isyarat...tiba2....bbooommmm!! saya telah melanggar sebuah motorsikal dan penunggang itu tercampak berbaring di jalan raya ....kereta saya terberhenti dan saya keluar dari kereta menuju ke arah orang yang saya langgar.... memang silap saya kerana melanggar lampu isyarat...saya terkejut dan orang ramai yang melihar kemalangan itu berkumpul dan ada juga yang memarahi saya...... saya tidak dapat berfikir dengan baik kerana saya takut...pertama saya risau orang yang saya langgar tu mati...kedua saya risau barang dalam bonet kereta saya kantoi.... sebenarnya barang yang  kami bawa di dalam bonet kereta saya ialah barang curi iaitu sebuah motorsikal.. semakin ramai yang berkumpul dan saya tidak dapat berbuat apa2 kerana saya dipersalahkan....saya dapat lihat orang yang saya langgar itu berbaring.....dan kemudian, orang itu di papah ke tepi jalan raya..... saya risau akan apa yang jadi...mst saya akan di tangkap kalau org tu mati....dalam kelam kabut tu...ada lah seorang abg tu datang kat saya dan cakap......mujur cina tu tak apa2 dan hanya cedera ringan... cuma motorsikal yang teruk. saya bingung..macam mana saya nak buat?????? saya blurrr....selepas itu, saya pergi melihat kereta saya...bila saya lihat kereta saya... saya terkejut kerana kereta saya tidak boleh bergerak dan terpaksa ditarik... saya mulai risaw..fikiran saya buntu... masak saya kalau mak ayah saya tahu hal ini.... saya semakin buntu untuk memikirkan jalan penyelesaiannya. rakan saya?? masa kemalangan tu... kawan saya tu dah melayan pil... sampai saya dah pucat muka pun dia boleh gelak2 lagi...

dipendekkan cerita, lepas pada kemalangan tu... ada takda, saya kene balik BP dulu sebab jam pun dah kul 8... nak balik naik apa pun xtaw. last2, saya tumpang orang.. tp sampai BP je...jadi saya terpaksa balik rumah dulu..bila sampai di depan rumah...saya pun masuk pelahan2 dalam rumah supaya mak ayah saya tak bangun sebab saya takut masa tu. takut mak ayah saya tanya pasal kereta saya dan kenapa saya balik waktu tu...

terkejut saya...bila saya masuk bilik dan buka lampu... mak ayah saya bangun dan datang bilik saya... melihat raut wajah ayah saya yang merah... mak pulak menangis ... erm... saya tak tau nak cakap apa. tiba2 ayah saya tanya dengan garang (ayah saya tidak berapa sihat-kencing manis, darah tinggi).... " kereta kat mana?" kereta??????? saya senyap.... dalam hati ni, saya masih nak tipu...tapi saya tak boleh cakap apa2 waktu tu..kalau kene bantai ni..teruk saya..... mak saya mula bersuara sambil menangis... " sampai hati faiz tipu mak... sampai hati faiz buat mak macam  ni...mak tak pernah ajar anak mak menipu...mak tak pernah ajar anak mak mencuri.... sampai hati....bt mak......(mak menagis)".. hati saya mula rasa sebak sangat2....sbb melihat mak menangis... saya tak dapat menahan perasaan ni..... ayah saya pula sangat marahkan saya sehingga pada malam itu saya tidak dapat tidur kerana masih terdengar di telinga.... ayah saya memarahi saya dan mak saya yang menangis kerana sikap saya .... rupa2nya mereka sudah tahu dari awal lagi kereta saya kemalangan...... pak cik saya seorang anggota polis yang bertugas di Melaka. dia la yang bagitau mak ayah saya....mak menangis.......ayah pula marahkan saya sangat2....... saya takut........ kawan saya? kawan saya hilang... 

pada esoknya, saya tidak di layan .....semua ahli keluarga memarahi saya termasuk adik beradik dan mak pun tidak mahu bercakap dengan saya......satu hari saya tidak bercakap dengan ahli keluarga saya....seperti saya dipulaukan dari keluarga saya....... sehingga saya hendak pulang ke JB naik motor...sbb kereta saya dah dalam bengkel.... masa tu nak balik Poli...esok dah mula kelas... masa saya nak balik......mak ayah saya keluar dan tegur saya.....mak menangis.." faiz....sampai hati faiz tipu mak... kenapa mencuri... takde duit, cakap....jangan mencuri....mak tak ajar anak mak mencuri...kenapa tipu mak... kenapa buat mak macam ni...dari kecik tak habis2 susahkan mak...dahla anak laki mak..harapan tinggal sorang....."(arwah abg saya meninggal pada tahun 2003, ketika itu saya ting.4).... mak menangis dan memeluk saya....." janganlah buat lagi.......jangan tipu mak lagi.......jangan mencuri lagi..." ...saya mulai merasa sebak dan tanpa disedari...saya menistiskan air mata......saya rasa sangat bersalah dan sangat berdosa pada mak ayah saya.....(memeluk mak) " mak...faiz mtk maaf sgt2...faiz sayang mak..."...mak : " sayang mak...kenapa buat mak macam ni...kenapa......"............................................................................................................................(!_!)
saya pulang menaiki motor ketika itu ......sepanjang perjalanan saya selama 1 jam 15 minit..., saya banyak menangis...... bila dah kering air matapun....saya masih sedih dan masih terngiang2 dalam ingatan walaupun saya sedang menunggang motor......berulang kali saya menangis dan berhenti kerana memikirkan apa yang telah berlaku.......sebak di hati saya tidak hilang ketika terbayang wajah mak saya menangis kerana sikap saya............


saya sangat menyesal atas perbuatan saya....... saya tak nak jadi budak jahat !!!!!...saya tak nak jadi budak nakal !!!!.......... saya nak jadi anak mak yang baik........ (!_!)

selepas pada kejadian tu, saya janji dalam diri saya, saya tak nak buat mak menangis lagi........ saya nak mak gembira dan senyum.....sbb saya nak jadi anak yang baik. saya xnak buat mak sedih lagi.......

akhirnya, yang menolong saya selesaikan kes ini ialah ayah saya...... TERIMA KASIH MAK ABAH...JASAMU TIDAK TERBALAS..... MAK ABAH DAH SEKOLAHKAN FAIZ... BELAJAR AGAMA...MENGAJI... BAYAR YURAN SEKOLAH... MAKAN MINUM..... SEMUA JASAMU TIDAK DAPAT DI NILAI DENGAN WANG RINGGIT......dari dalam perut mak sampai sekarang... mak abah banyak sangat999 bagi kat faiz macam2...... tanpa mak abah, faiz takkan berdiri di tempat faiz diri sekarang............ TERIMA KASIH MAK ABAH....... FAIZ SAYANG MAK ABAH....DAN SEMUA ADIIK BERADIK YANG TERIMA FAIZ WALAUPUN FAIZ DAH BANYAK SANGAT KECIKKAN HATI SEMUA..........(!_!)

* PENGALAMAN INI SANGAT MEMBERI IMPAK YANG BESAR DALAM HIDUP SAYA.
* MUDAH2AN... CERITA YANG SAYA KONGSI INI DAPAT MENJADI IKTIBAR KEPADA SEMUA AGAR MENJADI SEORANG ANAK YANG BAIK PADA MAK AYAH KITA.
*INGATLAH JASA MAK AYAH KITA..... TANPA MEREKA, SIAPALAH KITA DIDUNIA INI.

Sunday, 20 May 2012

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته