Friday 18 May 2012

     
 
      Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

      Sesungguhnya sahabat itu wujud dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan satu keikhlasan atas keredhaan Allah s.w.t.
     Seandainya seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan. 

    Adakala kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa. Adakala kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya setitis air mata dan adakala kita perlu menghargai apa yang kita ada, kerana selepas kehilangannya, baru kita menyedari bahawa berharganya dia untuk kita.


    Jika kita memberi seseorang itu ikan, orang itu akan makan untuk hari itu, tetapi jika kita mengajar orang itu memancing, dia akan makan seumur hidupnya. "Aku menangis kerana tidak berkasut sehinggalah Aku bertemu dengan insan yang tidak berkaki..." - wallahu'alam (n_n)

No comments:

Post a Comment